Friday, February 11, 2011

~the return of Mr. R~

Salam semua~!!!
It has been a while since my last post..Currently, i'm working ryte now
quite busy a bit..however, if ever got da time...i'll try to cheer up dis blog wif some joyful posts..hopefully will ever got da chance..lot of things happened ryte till today..da missing parts of yesterday r the complementary elements of da bright days in future..will give some HIT to dis blog for sure...nice to c, nice to write, once returned, will always to write...hehe~ jane'...

Wednesday, July 14, 2010

Friday, June 4, 2010

Cahaya Selawat

Bismillah
Salam buat semua...
Mungkin tidak ramai di antara kita yang menyedari cahaya selawat yang
seringkali kita lafazkan...


Di sini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu bersama kalian semua...Ilmu ini
diperolehi daripada penglibatan di dalam sebuah ceramah agama yang dilakukan baru-baru ini...

Pada umumnya, kesemua initipati ilmu yang bakal dikongsikan ini adalah berkaitan dengan selawat ke atas nabi...


Daripada ilmu yang ditimba ini,


Melafazkan selawat, adalah bermaksud memberi salam atau doa terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad Sallahu Allaihi Wassalam dan selawat ini akan dijawab oleh baginda sendiri. Dikatakan bahawa di padang Mahsyar kelak, pahala individu yang banyak berselawat ke atas baginda, akan berlegar-legar bagi mencari umat nabi tersebut. Pahala ini sendiri akan memberitahu dan membawa baginda bertemu dengan individu yang banyak berselawat terhadap baginda.


*Barangsiapa yang banyak berselawat ke atas Nabi, individu ini akan mendapat syafaat daripada baginda Nabi Muhammad Sallahu Allaihi Wassalam...


Di dalam perbincangan muncul persoalan samada, apakah dengan demikian (tindakan kita berselawat) memerlukan hadirnya hati/penghayatan seperti berzikir...


Sebagai perbandingan, pahala bagi individu yang membaca Al-quran adalah tidak berdasarkan kepada makna tetapi huruf dan bacaannya..Pahala tidak akan diberikan sekiranya Al-quran itu dibaca melainkan dengan syarat betul bacaannya. Terdapat golongan yang membaca al-quran tetapi dilaknat oleh Al-quran itu sendiri kerana tajwid yang tidak betul.


Bagi manusia yang berselawat ke atas baginda, tetapi dengan keadaan hati yang lagho, pahala masih diberikan kepadanya oleh malaikat. Manakala, bagi individu yang berselawat bersama-sama dengan hadirnya hati, ia akan mendapat ganjaran pahala tetapi pada kadar yang tidak diketahui oleh para malaikat.


Sebagai perbandingan pula, tindakan berzikir (yakni memuji Allah) yang tidak disertai hati (hati yang lagho) maka tiada pahala yang akan diterima oleh individu terbabit. Di dalam masyarakat Melayu kini, majlis tahlil seringkali dilakukan. Adalah menjadi satu kerugian di dalam majlis ini, sekiranya setiap umat Muslim yang terlibat di dalamnya tidak menyertakan hati di dalam setiap lafaz zikir tersebut.


Ini pula ditambah dengan sebutan yang dilafazkan oleh mereka, seperti Lailahaillallah..fokus terhadap bunyi Laila kepada Laile'..Perbezaan bunyi (tajwid) yang tidak betul, telah menafikan hak mereka yang melafazkan sebutan tersebut, bagi mendapat pahala.


Di dalam perkara yang lain, para ulama menafikan kewujudan selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ini kerana tuhan yang bersifat Wajibul Wujud atau tiada kesetaraan terhadap Asma Allah.


Ditambah lagi bahawa, seseorang yang berzikir kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan membuka rohnya, yakni ketenangan roh itu. Sebagai kesimpulannya, individu yang berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallahu Allaihi Wassalam , dan membaca Al-Quran akan mendapat pahala sungguhpun tidak disertakan hati (penghayatan) di dalam tindakannya itu. Perkara ini adalah berbeza dengan zikir.


Mengucapkan kalimah syahadah juga adalah merupakan suatu bentuk zikir. Di dalam Islam kalimah syahadah adalah Ashadu Anla Illahaillallah..Wa Ashadu Anna Muhammadarrasulullah..yakni (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya).


Dalam konteks yang sama, golongan Yahudi juga turut bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Namun demikian, mereka tidak percaya bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.. Yakni kalimah zikir mereka hanyalah tiada tuhan melainkan Allah.


Bagi membezakan lafaz, atau ucapan zikir antara golongan Yahudi dan Islam, maka para ulama mencadangkan bahawa sebelum permulaan zikir, seseorang Muslim itu hendaklah melafazkan dahulu Laillahaillallah...dan diikuti dengan tekad di dalam hati Muhammadarrasulullah (Muhammad itu pesuruh Allah)...yang dilaksanakan sebanyak 3 kali berturut-turut sepertimana yang seringkali diamalkan di dalam majlis bacaan yassin dan tahlil arwah.


Sabda Nabi Muhammad Sallahu Allaihi Wassalam

"Barangsiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 1000 kali setiap hari, maka
tiadalah mati ia melainkan syurga kepadanya"


" Bermula kamu berselawat ke atasku, ia akan menghapuskan & menghilangkan dosa kamu oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala seperti air yang memadamkan api"


" Barangsiapa selawat ke atasku sebanyak 100 kali sehari, akan ditunaikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, 100 hajat, 70 bagi akhirat dan 30 daripadanya di dunia"
(akhirat itu adalah suatu tempat yang kekal abadi, maka sebab yang demikian ia mempunyai lebih hajat berbanding di dunia)


i. Hampir dengan Baginda Sallahu Allaihi Wassalam pada Hari Kiamat.
Ibnu Masud meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallahu Allaihi Wassalam bersabda, maksudnya; Sesungguhnya seutama-utama manusia di sisiku (orang yang paling hampir) dengan aku pada hari kiamat ialah mereka yang lebih banyak berselawat ke atasku.


ii. Gandaan selawat ke atasnya sebanyak 10 kali selawat.
Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallahu Allaihi Wassalam bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat ke atas.


iii. Bercahaya pada hari kiamat kelak.
Daripada Ali bin Hussien bahawa datuknya, Rasulullah Sallahu Allaihi Wassalam . bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat seratus kali, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan bercahaya, andainya cahaya ini dibahagi-bahagikan antara kesemua makhluknya, maka cahaya itu akan cukup meliputi mereka.



Di dalam perbincangan yang lain...


Apabila seseorang Mukmin itu berdoa, doa itu akan terhijab daripada terus bertemu Allah Subhanahu Wa Ta'ala..Melainkan seseorang itu berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallahu Allaihi Wassalam , maka hijab itu akan dipecahkan agar doa itu tidak disekat dan terus sampai kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala


Para malaikat (sebanyak 70,000)bersama-sama golongan anbia sentiasa berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallahu Allaihi Wassalam

Baginda bersabda lagi,

"Barangsiapa berselawat ke atasku di dalam kitab, (menulis dan mengeja Muhammad Sallahu Allaihi Wassalam dan bukan S.A.W) selama wujud tulisan itu, maka para malaikat akan sentiasa meminta diampunkan segala dosa baginya.


Terdapat beberapa gelaran yang diguna pakai oleh para ulama' terhadap golongan yang berpegang terhadap perkara berikut:

Suhuf - Bagi golongan yang berpegang kepada suhuf, mereka ini adalah lebih
dikenali sebagai Suhuful Kitab atau sebahagian daripada ahli kitab.

Injil - Bagi golongan yang berpegang kepada kitab ini,mereka dikenali sebagai
golongan Nasrani

Taurat- Bagi golongan yang berpegang kepada kitab ini,mereka dikenali sebagai
golongan Yahudi

Al-Quran - Bagi golongan yang berpegang kepada kitab ini,mereka dikenali sebagai
golongan Muslim / Mukmin


Sekian sahaja buat kali ini...Berkongsi lagi ilmu di coretan akan datang...InsyaAllah

Wassalam...

Aku masih bernafas pada hari ini....






Bismillah...
Alhamdulillah...Buat julung kalinya..saya telah kembali untuk menulis di dalam ini
Saya cukup bersyukur, kerana setelah sekalian lama saya akhirnya berjaya juga menamatkan kehidupan saya sebagai pelajar universiti...Tapi, itu tidaklah bermakna
tamatlah sudah keinginan saya untuk terus belajar dan maju ke hadapan...



Saya adalah seorang yang terlalu menginspirasikan cita-cita yang tinggi...Mungkin sesetengah individu akan melihat, keburukan daripada sifat ini adalah, sekiranya terjatuh daripada cita-cita yang tinggi itu...akan cukup perit bagi saya menghadapinya...



Sebenarnya, perkara itu adalah benar sama sekali..harapan, atau keinginan yang diletakkan oleh seseorang seperti saya ini mempunyai kesan negatif yang teramat sangat terhadap kehidupan...



Di dalam perkara ini, kekuatan akal memainkan perkara yang cukup penting sekali bagi seseorang itu meletakkan kemampuan dirinya untuk bertindak...menghapuskan 'emosi' atau senseless adalah perkara yang sangat sukar untuk dilakukan...



Jadi, apakah kemampuan yang mampu saya letakkan untuk menghadapi semua itu???
Saya meletakkan dua panduan utama sebagai asas dalam bertindak khususnya di dalam perkara seperti ini. Kegagalan adalah merupakan suatu dilema yang terbesar dihadapi oleh seseorang itu..



Kegagalan mampu melumpuhkan suatu sistem 'semangat' di dalam diri yang menyebabkan seseorang itu berada di dalam keadaan 'depressed'...sekiranya tidak terkawal, seseorang itu mampu berada di dalam situasi yg sgt kecewa, sehingga sanggup bertindak di luar keterbasan kemanusiaan..



DI dalam perkara ini, kaedah yang terbaik untuk mengatasi 'depressed' atau depresi ini adalah pelbagai...Bersukan & membuat aktiviti kegemaran adalah antara cara yang terbaik bagi melepaskan perasaan yang tersimpan itu...



Bagaimana pula saya menghadapinya??? Hurm.. soalan yang terbaik untuk ditanya khususnya untuk orang yang banyak pengalaman macam saya ni...=P...Dulu, dari kecil..biasanya bersedih je...menangis x henti2x...lepas tuh tukar selera pula..makan banyak2x...tapi, masih lagi x berjaya malahan berbahaya...Jadi, saya beralih kepada mengekalkan diri di dalam aktiviti riadah yang disukai..di dalam perkara ini, saya suka bermain bola keranjang...



Alhamdulillah...itu menampakkan kesannya...cuma sedikit kesan juga dapat dilihat khususnya apabila saya melakukannya di waktu sekolah dulu...'Cukup berkesan, bagaikan serampang 2 mata'...hehe...Rasa depressed itu hilang, bahkan dengan ilmu-ilmu yang belajar waktu sekolah dulu pun banyak yang hayutnya....



Sekarang saya dah normal...cuma kekadang tu, tangisan tu tetap ada...saya rasa
bagus kerana, sungguhpun perit & sakit...tapi selesa...saya yakin ramai individu yang memilih cara ini...Teknik lazim yang saya amalkan adalah, mengambil wudhu, baca al-quran, baring di sofa sehingga terlelap...InsyaAllah, setelah bangun daripada tidur itu kita akan rasa selesa sedikit..Tapi, dengan syarat...terus pegi ke dapur, minum air masak (baca bismillah)...dan cari makanan yang ada dekat dapur dan makan...



Sebab, pemakanan boleh mempengaruhi emosi seseorang...seseorang yang berada dalam keadaan lapar, akan senang dipengaruhi perasaannya..."An hunger people will only leads to an angry people'....So, what's ur choice????


p/s : berdoalah selalu mengharap redhaNya...agar kita diberi ketenangan jiwa, dari
keadaan hati yang berdolak-dalik...serta perasaan takut untuk mati...semoga
hidup dan mati kita adalah di kalangan orang-orang yang beriman...=)

Sunday, December 13, 2009

Tema ditukar...Tq..

Salam sumer.. :)


Hurm..da lama x bercerita dalam ni..



Maaf sebab post sblum ni terlalu sentimental sangat...hehe..(peace)


Sbnrnye, arwah merupakan kawan baik saya..jadi..x dapat lah sy melupakannya sampai bila-bila..


Hubungan kami??.. kawan yang rapat..we were closed back then..tp, Allah lebih syg pada dirinya..


Kami mmg rapat dlu..dari skolah menengah lagi..Kami slg membantu dalam hal-hal yang berkaitan dgn pelajaran..


Apapun..moga roh arwah dicucuri rahmat..Oh ya, selepas ini..kita cerita ttg sesuatu yg lebih menarik la...post2x sebelum ni terlalu 'emotional'..dan sememangnya tak sesuai kalo ada kanak2x bwh umur yg bc..hehe..


Still updating...stay tune

Sayonara'..

Friday, August 7, 2009

Salam'alaik...


Cuti...cuti dan cuti...Setelah lama berehat kini masa untuk menjalankan tanggungjawab anda Mr. Musyakir!!

You still got 20 pages presentation paper to be worked for end semester presentation
and yet, you still haven't met your Advisor, P.M. A.G...

So...Let's work hard...smile as always..there r tyme when people come and they may left you behind as they pleased in ur life, u noe..

take that sore of tears...get worked up and always think positive to move on...

Parents' will & prayers always accompany u...Don't make them sad for nothing...Still, ur pointers got to be "pull-push" so that u could be at ease

1st class, ya noe...1st class....

situation as always...Gotta be sooooooo worked up for dis last 2 semester...Hope...Spirit...Wish...Love...Where did U all hidden yourself for the time being??

I need U guys once more!!!!....Thrust....Gear....Brake....All sET!!!!


Please2x...Ganbattekudasai....Let's seek for da rainbow over the sky!!!!

Wednesday, July 1, 2009

Saudari Yusrina bt Yusoff..Beliau telah pergi meninggalkan kita....



























Salam'alaik...



Di sini..saya ingin membuat satu pengumuman kepada semua kenalan saudari Yusrina bt. Yusoff..yang merupakan pelajar malaysia di universiti Surabaya dalam jurusan farmasi.




Allahyarhamah telah meninggalkan kita semua pada 30/6/2009 jam 05.30 pagi pd waktu tempatan..



jadi kepada kenalan-kenalan arwah samada jauh atau dekat yang ingin melawat pusaranya serta mengiktiraf erti sebenar persahabatannya...
silalah ke alamat yang berikut....



no 51 jalan cheng perdana 1/17,
taman cheng perdana,
melaka



diharap semua yang mengetahui berita ini agar sentiasa mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat..& semoga beliau dimasukkan dikalangan hamba - hambaNya yang solehah...



untuk pengetahuan semua beliau telah sakit sebelum ini ekoran daripada penyakit kanser (tumor) yang dihadapi beliau


diharap agar info ini dpt diforwardkan kpd rakan2x yg lain..



Yus, aku minta maaf kalau sebelum ni aku ada buat salah dengan kau
kau kawan baik aku selamanya..yus
(aku harap dapat bertemu dengan kau lagi di akhirat sana)

Ringtones Send "Kau Sahabat Kau Teman" Ringtone to your Cell Ringtones



...bUATmU tEmaN...

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati


Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati



Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa



Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu



Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi



Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami


Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati



Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati





wassalam..




p/s: sERINGkALI aKU MENaNgIS tERkENAnGKAnnYA..AdAKAh ia akAn MEmaRAhI kU SeKiraNyA
mELiHAt KEaDaaN KU bEgiNi>????

~CoLorS oF LiFe~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com