Friday, June 4, 2010

Cahaya Selawat

Bismillah
Salam buat semua...
Mungkin tidak ramai di antara kita yang menyedari cahaya selawat yang
seringkali kita lafazkan...


Di sini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu bersama kalian semua...Ilmu ini
diperolehi daripada penglibatan di dalam sebuah ceramah agama yang dilakukan baru-baru ini...

Pada umumnya, kesemua initipati ilmu yang bakal dikongsikan ini adalah berkaitan dengan selawat ke atas nabi...


Daripada ilmu yang ditimba ini,


Melafazkan selawat, adalah bermaksud memberi salam atau doa terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad Sallahu Allaihi Wassalam dan selawat ini akan dijawab oleh baginda sendiri. Dikatakan bahawa di padang Mahsyar kelak, pahala individu yang banyak berselawat ke atas baginda, akan berlegar-legar bagi mencari umat nabi tersebut. Pahala ini sendiri akan memberitahu dan membawa baginda bertemu dengan individu yang banyak berselawat terhadap baginda.


*Barangsiapa yang banyak berselawat ke atas Nabi, individu ini akan mendapat syafaat daripada baginda Nabi Muhammad Sallahu Allaihi Wassalam...


Di dalam perbincangan muncul persoalan samada, apakah dengan demikian (tindakan kita berselawat) memerlukan hadirnya hati/penghayatan seperti berzikir...


Sebagai perbandingan, pahala bagi individu yang membaca Al-quran adalah tidak berdasarkan kepada makna tetapi huruf dan bacaannya..Pahala tidak akan diberikan sekiranya Al-quran itu dibaca melainkan dengan syarat betul bacaannya. Terdapat golongan yang membaca al-quran tetapi dilaknat oleh Al-quran itu sendiri kerana tajwid yang tidak betul.


Bagi manusia yang berselawat ke atas baginda, tetapi dengan keadaan hati yang lagho, pahala masih diberikan kepadanya oleh malaikat. Manakala, bagi individu yang berselawat bersama-sama dengan hadirnya hati, ia akan mendapat ganjaran pahala tetapi pada kadar yang tidak diketahui oleh para malaikat.


Sebagai perbandingan pula, tindakan berzikir (yakni memuji Allah) yang tidak disertai hati (hati yang lagho) maka tiada pahala yang akan diterima oleh individu terbabit. Di dalam masyarakat Melayu kini, majlis tahlil seringkali dilakukan. Adalah menjadi satu kerugian di dalam majlis ini, sekiranya setiap umat Muslim yang terlibat di dalamnya tidak menyertakan hati di dalam setiap lafaz zikir tersebut.


Ini pula ditambah dengan sebutan yang dilafazkan oleh mereka, seperti Lailahaillallah..fokus terhadap bunyi Laila kepada Laile'..Perbezaan bunyi (tajwid) yang tidak betul, telah menafikan hak mereka yang melafazkan sebutan tersebut, bagi mendapat pahala.


Di dalam perkara yang lain, para ulama menafikan kewujudan selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ini kerana tuhan yang bersifat Wajibul Wujud atau tiada kesetaraan terhadap Asma Allah.


Ditambah lagi bahawa, seseorang yang berzikir kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan membuka rohnya, yakni ketenangan roh itu. Sebagai kesimpulannya, individu yang berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallahu Allaihi Wassalam , dan membaca Al-Quran akan mendapat pahala sungguhpun tidak disertakan hati (penghayatan) di dalam tindakannya itu. Perkara ini adalah berbeza dengan zikir.


Mengucapkan kalimah syahadah juga adalah merupakan suatu bentuk zikir. Di dalam Islam kalimah syahadah adalah Ashadu Anla Illahaillallah..Wa Ashadu Anna Muhammadarrasulullah..yakni (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya).


Dalam konteks yang sama, golongan Yahudi juga turut bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Namun demikian, mereka tidak percaya bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.. Yakni kalimah zikir mereka hanyalah tiada tuhan melainkan Allah.


Bagi membezakan lafaz, atau ucapan zikir antara golongan Yahudi dan Islam, maka para ulama mencadangkan bahawa sebelum permulaan zikir, seseorang Muslim itu hendaklah melafazkan dahulu Laillahaillallah...dan diikuti dengan tekad di dalam hati Muhammadarrasulullah (Muhammad itu pesuruh Allah)...yang dilaksanakan sebanyak 3 kali berturut-turut sepertimana yang seringkali diamalkan di dalam majlis bacaan yassin dan tahlil arwah.


Sabda Nabi Muhammad Sallahu Allaihi Wassalam

"Barangsiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 1000 kali setiap hari, maka
tiadalah mati ia melainkan syurga kepadanya"


" Bermula kamu berselawat ke atasku, ia akan menghapuskan & menghilangkan dosa kamu oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala seperti air yang memadamkan api"


" Barangsiapa selawat ke atasku sebanyak 100 kali sehari, akan ditunaikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, 100 hajat, 70 bagi akhirat dan 30 daripadanya di dunia"
(akhirat itu adalah suatu tempat yang kekal abadi, maka sebab yang demikian ia mempunyai lebih hajat berbanding di dunia)


i. Hampir dengan Baginda Sallahu Allaihi Wassalam pada Hari Kiamat.
Ibnu Masud meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallahu Allaihi Wassalam bersabda, maksudnya; Sesungguhnya seutama-utama manusia di sisiku (orang yang paling hampir) dengan aku pada hari kiamat ialah mereka yang lebih banyak berselawat ke atasku.


ii. Gandaan selawat ke atasnya sebanyak 10 kali selawat.
Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallahu Allaihi Wassalam bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat ke atas.


iii. Bercahaya pada hari kiamat kelak.
Daripada Ali bin Hussien bahawa datuknya, Rasulullah Sallahu Allaihi Wassalam . bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat seratus kali, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan bercahaya, andainya cahaya ini dibahagi-bahagikan antara kesemua makhluknya, maka cahaya itu akan cukup meliputi mereka.



Di dalam perbincangan yang lain...


Apabila seseorang Mukmin itu berdoa, doa itu akan terhijab daripada terus bertemu Allah Subhanahu Wa Ta'ala..Melainkan seseorang itu berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallahu Allaihi Wassalam , maka hijab itu akan dipecahkan agar doa itu tidak disekat dan terus sampai kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala


Para malaikat (sebanyak 70,000)bersama-sama golongan anbia sentiasa berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallahu Allaihi Wassalam

Baginda bersabda lagi,

"Barangsiapa berselawat ke atasku di dalam kitab, (menulis dan mengeja Muhammad Sallahu Allaihi Wassalam dan bukan S.A.W) selama wujud tulisan itu, maka para malaikat akan sentiasa meminta diampunkan segala dosa baginya.


Terdapat beberapa gelaran yang diguna pakai oleh para ulama' terhadap golongan yang berpegang terhadap perkara berikut:

Suhuf - Bagi golongan yang berpegang kepada suhuf, mereka ini adalah lebih
dikenali sebagai Suhuful Kitab atau sebahagian daripada ahli kitab.

Injil - Bagi golongan yang berpegang kepada kitab ini,mereka dikenali sebagai
golongan Nasrani

Taurat- Bagi golongan yang berpegang kepada kitab ini,mereka dikenali sebagai
golongan Yahudi

Al-Quran - Bagi golongan yang berpegang kepada kitab ini,mereka dikenali sebagai
golongan Muslim / Mukmin


Sekian sahaja buat kali ini...Berkongsi lagi ilmu di coretan akan datang...InsyaAllah

Wassalam...

1 comment:

Anonymous said...

salam ziarah..keep writing bro=)

~CoLorS oF LiFe~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com