Sunday, April 12, 2009

"tulisan dia memang macam tu cikgu, tulisan yg paling hodoh di sekolah ni..."



Salam alaik...

Jam menunjukkan tepat jam 12 pagi...Di kala ini..terasa sejuk pula...tambah2x lagi perubahan monsun  di Malaysia ni yg rancak beserta perubahan cuaca baru-baru ini....dengan hujan yg renyai2x..serta wiNdBreAKer UPNm yg AkU pakai semenjak akhir2x ini...memang menampakkan perubahan yg ketara terhadap cuaca di Malaysia yg kerap kali hujan terutama di kawasn ibu kota Kuala Lumpur ni...



Terjenguk sebentar aku ke luar tingkap...."sejuknya lah"...bisik hati kecil ku...melihat keadaan ini..aku terfikir bagaimanalah nanti masa depan ku di luar sana...sedang jauh melayang fikiranku..."uhuk..uhuk.."..aku terbatuk dan tersedak2x.....dalam 2-3 hari ni.ku rasakan bahawa perubhan cuaca yg berlaku kini kerap memberi kesan ke atas kesihatan ku...mengingatkan aku tentang suatu masa dahulu...








mengimbas kembali pengalaman ku di bangku sekolah...ketika itu, aku teringat kenangan manis bersama rakan2x ku yang lain..bermain bola keranjang...pada petang itu..kami telah sepakat untuk bersama2x melepaskan "dendam"...maklumlah,..baru je habis PMR...tambah2x lagi masing2x dah ada hala tuju tersendiri selepas ini....hujan yang turun dengan lebatny membuatkan kami makin rancak bermain...kilat sabung-menyabung tidak menjadi halangan buat kami...sebenarnya, aku lah yang menjadi perancang utama..memberitahu kpd rakan2x yg lain utk bersama2x bermain bola keranjang pada petang Jumaat itu...


"SLUMBER PARTY"


"Petang ni, ada slumber party...(basketball match)...datang jangan x datang!!", pesan aku kpd rakan2x yg lain sblum masing2x beredar pulang ke rumah pd pagi itu...berada di dalam satu kelas yg sama, seramai hampir 50 orang langsung tidak menganggu kami untuk memberi lebih tumpuan terhadap pelajaran..


yelah..pd asalnya terdpt 3 aliran, bhs arab, sains pertanian dan sains tulen...sungguhpun tergolong di dlm kelas sains tulen, x bermakna aku akan menjadi seorg bakal doktor, atau pekerjaan yg seangkatan dgnnya..di dlm kelas tingkatan 4 ini, semua 'allstar' dr 3 cabang kelas di satukan...semuanya atr yg mendapat anugerah pelajar cemerlang pd PMR 2002 yg lalu..


ketika hampir pukul 6.30 petang kami berhenti bermain...tambahan pula masing2x telah pun lencun disebabkan seronok bermain hujan...ketika itu, aku bersuara kpd rakan2x ku..."Selepas ni, masing2x dah ada hala tuju masing2x...jangan kita lupakan guru2x kita di sini...dan jangan sekali2x kita pulang semula ke sekolah ini hanya kerana tidak dapat membiasakn hidup dengan persekitaran yang baru".....habis saja aku berkata2x..masing2x tergelak...aku tersenyum...tiba-tiba salah seorang dari kami bersuara..."OK...fine..kita tengok siapa yg datang balik dekat sini nanti"....masing2x tergelak mendengarnya..





BEBANAN VS TANGGUNGJAWAB





aku bersyukur sangat..aku dapat membuktikan kpd rakan2x ku yang lain, khususnya adik2x junior ku di sekolah itu yg aku mampu berjaya sungguhpun aku adalah pengawas di sekolah...maklumlah rakan2xku kebanyakannya memandang jawatan yg dipegang sebagai suatu bebanan dan bukannya tanggungjawab...besar perbezaannya tu antara "BeBanan" dan "Tanggungjawab"...,,


maklumlah, dah jadi pengawas ni...nk kena buat macam2x perkara dkt skolah..buat laporan disiplin, bantu cikgu menyediakan pentas di perhimpunan..buat itu..buat ini...huhu...kalau kita memandang itu sebagai suatu bebanan mmg la payah utk kita melakukannya..kerana tidak ada unsur2x keikhlasan di dalam diri...



sungguhpun begitu, aku tahu bahawa di kalangan para pelajar di sekolah, pengawas sekolah lah yg paling dibenci...yelah..mana taknya...lewat ke sekolah, kena ambil nama, buang sampah merata2x kena ambil nama, buat bising dlm kelas kena ambil nama, buat masalah disiplin kena ambil nama...bila masanya tak kena ambil nama? sampai satu peringkat mrk menggelarkan pengawas sbg "anjing guru"....dan di conteng di belakang bangunan sekolah nama pgawas tersbut......mmg kasar bunyinya kan? 



tapi, nk buat macam mana..tanggungjawab..dari situ lahirnya keihklasan utk memberi sumbangan kpd sekolah....apapun, sejauh mana bumi ku pijak...di situ jualah langit dijunjung...siapalah aku ini tanpa rakan2x seperjuangan di sekolah...walaupapa pun yg aku lakukan, aku tidak menjauhkan diri dr bergaul dengan rakan2x sekolah yg lain...tanpa mngira usia, dan bangsa mereka...



mereka mengenali aku dan mengiktiraf kehadiran ku di kalangan mereka...pelajar india mahupun cina...bergaul dengan rakan2x adalah tradisi bagi ku...ini semua adalah pesanan yg seringkali menghinggap bibir telinga ku...."tak kira, melayu, india mahupun cina...semua orang kita kawan", pesan ibu bapaku..dan sehingga kini...apabila aku pulang ke rumah...ada saja rakan2x yg dahulunya bersama2x di sekolah menegurku..



teringat aku akan kata-kata Pn.Zunainun yg mngajar aku mata pelajaran Bahasa Malaysia ketika di tingkatan 3..."tulisan kamu ni...ishk2x..saya x boleh nak baca...kamu ni nak jadi doktor ke?", sindir nya..



Itu la..doa dari cikgu ku...sedangkan aku sendiri belum lagi memikirkan cita2x ku ketika itu.."entah betul entah tak aku jadik doktor nih?," aku mengeluh di dalam hati...rakan2x di sekeliling meja ku tergelak..salah seorang daripada mereka menyampuk "tulisan dia memang macam tu cikgu, tulisan yg paling hodoh di sekolah ni...Haha!!!.," sampuknya lagi...










itulah antara perkara yang aku teringat ketika aku merenung jauh ke tingkap bilik ku...sedar x sedar jam dh menunjukkan jam 1.30 pagi....masih banyak lagi perkara yg perlu aku setelkan....aku terfikir semula apakah kehidupan di matrikulasi dulu adalah titik tolak bermulanya perubahan di dalam hidupku ini..


Amir, Nizam, Nik, Kai, & Amir...tiba2x aku teringat mereka....





No comments:

~CoLorS oF LiFe~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com